Terlalu pantas menyusur waktu
Meninggalkan jejak-jejak semalam
Yang barangkali pahit untuk digamit
Mukilkan kenangan
Yang barangkali indah penuh kiasan
Saat perpisahan bisa bertandang
Wajah kan sugul kepayahan
Lafaz kan tenat kelukaan
Sesungguhnya teman
Air mata perpisahan itu
Sejernih embun di dedaun
Bak mutiara berkilauan
Menyingkap rahsia keikhlasan
''Tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya sahaja. Antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.''
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, al-Tarmizi dan al-Nasa' daripada Abu Hurairah r.a.)
No comments:
Post a Comment