بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Engkau jauh dari pandangan mataku..
tapi Engkau begitu dekat dalam hatiku..namaMu telah bertakhta di hati..
dan tak akan pernah berganti..
cintaMu begitu agung..
ku mencintaiMu selama nafas ini ada...
selama denyut nadi dan detak jantungku tidak berhenti..
kerana Engkau yang memintaku untuk kembali..
mencintaiMu tanpa ada batas..
kerana tiada batasan yang menghalanginya..
mencintaiMu tanpa ada rasa sakit..
kerana Engkau tidak akan pernah menyakiti hati ini..
mencintaiMu manis kerana iman..
kerana kekuatan imanlah..
yang membuat cintaMu kuat menarikku..
mencintaiMu tidak akan ada rasa pahit..
kerana cintaMu manis di setiap lantunan zikir dan kalam cintaMu..
mencintaiMu tanpa ada noda dan dosa..
kerana ketika ku bercinta denganMu..
saat terjaga dari tidurku di sepertiga malam dan 5 waktu sujudku..
Ya Rabb,
janganlah Engkau palingkan cintaMu..
yang ada di dalam hatiku ini..
biarlah cintaMu mengalir di dalam tubuhku..
di setiap hembusan nafas dan detak jantungku..
air mata dan rintihan do'a di setiap munajatku..
adalah saksi betapa besar cintaku padaMu..
Ya Rabb,
aku begitu mencintaiMu..