-->
skip to main | skip to sidebar
...LoVe mE...mE LoVe...LoVe mE...

Monday, December 26, 2011

..Jika Perpisahan Bertamu..


Saat demi saat
Terlalu pantas menyusur waktu
Meninggalkan jejak-jejak semalam
Yang barangkali pahit untuk digamit
Mukilkan kenangan
Yang barangkali indah penuh kiasan
Saat perpisahan bisa bertandang
Wajah kan sugul kepayahan
Lafaz kan tenat kelukaan
Sesungguhnya teman
Air mata perpisahan itu
Sejernih embun di dedaun
Bak mutiara berkilauan
Menyingkap rahsia keikhlasan



''Tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya sahaja. Antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.''
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, al-Tarmizi dan al-Nasa' daripada Abu Hurairah r.a.)


Love by: Yaya_Lurve No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, December 23, 2011

..Ya Rabb..

بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Engkau jauh dari pandangan mataku..
tapi Engkau begitu dekat dalam hatiku..
namaMu telah bertakhta di hati..
dan tak akan pernah berganti..

cintaMu begitu agung..
ku mencintaiMu selama nafas ini ada...
selama denyut nadi dan detak jantungku tidak berhenti..
kerana Engkau yang memintaku untuk kembali..

mencintaiMu tanpa ada batas..
kerana tiada batasan yang menghalanginya..

mencintaiMu tanpa ada rasa sakit..
kerana Engkau tidak akan pernah menyakiti hati ini..

mencintaiMu manis kerana iman..
kerana kekuatan imanlah..
yang membuat cintaMu kuat menarikku..

mencintaiMu tidak akan ada rasa pahit..
kerana cintaMu manis di setiap lantunan zikir dan kalam cintaMu..

mencintaiMu tanpa ada noda dan dosa..
kerana ketika ku bercinta denganMu..
saat terjaga dari tidurku di sepertiga malam dan 5 waktu sujudku..

Ya Rabb,
janganlah Engkau palingkan cintaMu..
yang ada di dalam hatiku ini..
biarlah cintaMu mengalir di dalam tubuhku..
di setiap hembusan nafas dan detak jantungku..
air mata dan rintihan do'a di setiap munajatku..
adalah saksi betapa besar cintaku padaMu..

Ya Rabb,
aku begitu mencintaiMu..
Love by: Yaya_Lurve No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, December 18, 2011

..Takdir..

Takdir..
Kadang-kadang MEMPERTEMUkan kita dengan SESUATU yang tidak diundang,
MEMBERI apa yang tidak dirancang,
MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan,
Serta membuatkan kita rasa kehilangan..


Namun..
TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban,
Serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan..

Love by: Yaya_Lurve No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, December 11, 2011

..Pelangi Cinta..

Indah sungguh pelangi ini. Namun yang berkuasa menciptanya pasti jauh lebih indah. Sudah tentu, kan Dia Maha Indah? Sudah tentu cinta-Nya pun indah juga.....
"Allah sangat mencintai kita." Lihat ke atas. Lihatlah langit. Siapa yang cipta? Jawapan: Allah. Lihat pula awan yang berarak. Kalau malam, lihat bintang. Siapa pula yang cipta? Allah juga. Tengok pula matahari yang terang benderang. Waktu malam, lihat bulan yang bersinar. Siapa yang bagi sinaran mereka? Masih Allah. Bernafaslah, hirup udara yang segar dalam-dalam. Siapa pula yang cipta udara? Tetap Allah.


Pandang ke sekeliling pula. Pokok-pokok, tenang sahaja bila melihat mereka. Pokok itu yang mengeluarkan udara. Siapalah agaknya yang cipta mereka ya? Allah lagi. Haiwan-haiwan. Burung terbang, kucing, kura-kura, ikan, gajah, arnab, banyak lagi. Siapa yang jadikan mereka? Mestilah Allah. Bawah. Tanah. Daripada situlah tumbuh pokok-pokok, haiwan-haiwan berpijak, kita berdiri. Macam-macam lagi. Siapakah penciptanya? Masih Allah juga.
Ada banyak sangat tanda kekuasaan Allah. "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." [Qs. Ali-Imran, 3:190]
Tak cukup lagi? Fikir lagi. Pandang badan kita pula. Tangan kita boleh bergerak. Ada bermacam receptor (stimuli detector) macam heat, cold, touch, pain, pressure. Ada 3 layer, epidermis, dermis dan fat layer. Sangat complex, dengan sweat glands, dan macam-macam lagi. Siapa yang cipta itu semua? Mestilah Allah, habis siapa lagi?
Kaki pula. Sangat tahan lasak. Lapisan epidermisnya sangat tebal. Cuba kira, dah berapa banyak tapak kasut kita yang haus? Tapi pernah tak tapak kaki kita haus pula? Manalah tahu, hehe. Siapa yang cipta? Allah juga. Mata kita, ada banyak bahagian. Ada choroid, retina, eye lens, pupil, iris dan banyak lagi. Masing-masing ada tugas sendiri. Masih soalan yang sama, siapa cipta? Allah juga. Mana ada yang lain.
Telinga. Ada bermacam bahagian. Cara perjalanan bunyi hendak sampai ke otak, begitu kompleks. Perlu ditukar kepada getaran di eardrum, kemudian dikuatkan di ossicles, malalui oval window, kemudian ditukar kepada nerve Impulse di cochlea, baru dihantar ke otak. Siapa yang cipta? Allah.
Dalam kepala kita, ada satu cecair khas dipanggil serebrospina. Cecair inilah yang menampung berat otak supaya dapat diseimbangkan di atas tengkuk. Masih lagi, siapa yang cipta? Tetap Allah, tiada yang lain.
"Klai ini saush sikiedt. Mneruut peenliitan praa alhi, msekpiun huurf daalm sbeuah ktaa di uabh, ktaa tresbeut maish bsia di bcaa dnegan mduah, asaalkn psoisi huurf pretmaa dan treakihr tiadk di uabh. Ini menjuunkkan keheabtan oatk ynag leibh heabt diarpdaa mnaa-mnaa koputmer."
Siapa yang cukup hebat menciptanya? Allah lah, takkan ada manusia yang hebat boleh cipta perkara macam ini. Cukup banyak? Fikirkan lagi, sesungguhnya terlalu banyak tanda kekuasaan Allah di sekeliling kita. "Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?" [Qs. Az-Dzariyaat, 51:20-21]
"Tidakkah terdetik di hati kita untuk mencintai-Nya?" Cuba nilai diri kita. Berapa khusyuk kita mengingat Allah berbanding ingat kepada buah hati (jika ada)? Atau khusyuk main game? Berapa banyak masa kita guna untuk solat berbanding masa untuk bermain di padang? Berapa banyak masa kita gunakan untuk baca Al-Quran berbanding baca komik dan novel? Berapa banyak masa kita gunakan untuk berzikir, beristighfar berbanding bersembang-sembang kosong? Berapa kerap kita mendengar majlis ilmu berbanding tengok movie? Atau dengar lagu? Berapa seriusnya kita lakukan aktiviti akhirat berbanding aktiviti dunia?
Berapa? Berapa? Berapa banyak? Berapa kerap? Berapa fokus? Bak kata orang melayu, tepuk dada. Bukan Tanya selera, tapi Tanya hati. Tanya iman. Kita mungkin boleh berbohong dengan orang lain, tetapi tidak kepada diri kita sendiri. Bayangkan. Bagaimana perasaan kita, seandainya seseorang memberikan RM 1,000,000,000 kepada kita? Satu billion ringgit. Apa yang kita akan lakukan?
Wah, puji bukan main lagi. Muka senyum seikhlas mungkin. Kalau baru lepas mati anak pun tetap tersenyum, nak bodek lah katakan. Siap kilatkan kasut orang tu, peluk dia, sampai cium kaki, macam-macam lagi. Masa itu, macam-macam ayat keluar daripada mulut. Kawan terbaik lah, penyelamat hidup, sang matahari, aku sayang kau selamanya, jasamu dikenang, macam-macam lagi. Tapi kita sedar tak, berapa juta billion, entah trillion agaknya, nilai nikmat Allah pada kita?
"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." [Qs Ibrahim, 14:34]
Kita takkan dapat kira nikmat Allah yang telah Dia berikan kepada kita. Namun mengapa kita masih tidak bersyukur?
"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, [tetapi] kamu sedikit sekali bersyukur." [Qs. As-Sajadah, 32:9]
Cuba kita fikirkan kembali. Apa kita ini layak untuk masuk ke syurga? Dengan cara hidup seperti ini?
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar." [Qs. Ali-Imran, 3:142]
Ayuhlah saudara-saudariku. Hubungkan kembali keterikatan kita dengan Allah. Susah? Ya, ana tak nafikan. Memang tak mudah. Namun itulah harga sebuah kenikmatan. Mujahadah memang sukar. Namun biarlah kita seperti, kata orang melayu (lagi), Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bukan berenang-renang ke hulu, lepas tu dihanyutkan arus deras. Bersenang-senang dahulu, lepas tu baru nak menyesal.
Biarlah kita terseksa sedikit, demi sebuah kebahagiaan. Demi sebuah kenikmatan. Demi sebuah syurga. Demi sebuah cinta. Cinta kepada Sang Pencipta Cinta. Ingatlah, hanya itulah cinta yang abadi. Cinta yang diredhai.
Kadang-kadang Allah tutup matahari,
Allah datangkan hujan dan guruh yang menyeramkan.
Kita tertanya-tanya, "ke mana perginya matahari? Kenapa Allah uji aku sampai macam ini?"
Namun, selepas itu, Allah memberi kita pelangi.
Indahnya pelangi itu.
Ya, Itulah pelangi cinta.
Cinta yang paling indah.
Itulah cinta ilahi.


Love by: Yaya_Lurve No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, December 6, 2011

Ehem.. Ehem..

lame nye x on blog ni.. bersawang dah haa.. alaha kesian3 *gaya upinipin* ngehehe
ok..stop..

Alhamdulillah..So SPM pn da habis...InsyaAllah..everything was just fine..(ececey..speaking pulops) =)


ade kot yg dh bace post kt bawah ni haa... jgn dok pikir pelik2 naa..
tu sebenarnye lagu... translated from a Thai song..hee ;)
Ost cite A Little Crazy Thing Called Love... korang da tgk?? best kan2?? ^_~
klau belum tgk tuu... try2 la search cite tu dekat
Mr. Google yeek..

Cite yg menyentuh kot.. dan..
I love the hero la!!! ngeee.. Oh Mario Maurer... 
^_^




Best laa.. Thumbs up!! 

Ni haa, ce try tgk & dengar lgu tu.. 
feelin' deep in your heart..

Someday~A Little Crazy Thing Called Love




best kan?? hehee...
okiee.. just a simple update.. tataa..
Assalamualaikum... ^_~

Love by: Yaya_Lurve No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

♥ Someday ♥

SomeHow..SomeOne..SomeDay... ~Dear Hyungnim~




I don't know how much longer
That I have to put up with everything
I've been hiding all the truth inside my heart
Everytime we meet
Everytime you turn face to me
Though I look indifferent
Do you know how much i have to force myself?


Can you hear my heart calling for you, loving you?
But I can't open my heart for anyone to know
Can you hear it?
My heart keeps waiting there for you
Waiting for you open it
and hope you will realize..
Someday

Though I love you
Though I feel
but deep down inside, I don't dare to tell you
Everytime we meet
Everytime you turn face to me
Though I look indifferent
Do you know how much i have to force myself?

Can you hear my heart calling for you, loving you?
But I can't open my heart for anyone to know
Can you hear it?
My heart keeps waiting there for you
Waiting for you open it
and hope you will realize..
Someday

Can you hear my heart calling for you, loving you?
But I can't open my heart for anyone to know
Can you hear it?
My heart keeps waiting there for you
Waiting for you open it
And I hope you will realize
That this person loves you
Please I hope you will know
Someday






~ Miss U ~
Love by: Yaya_Lurve No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, October 13, 2011

...KuCiNg...Teman Masa Depan Kita...


Menarik, penuh enigma, bijak, comel,manja dan menghiburkan. Kucing merupakan haiwan yang ternyata berlainan dalam alam haiwan. Ia seharusnya disanjung dan dikagumi sebab ia seolah diberkati kuasa luar biasa !

Sains masa kini berjaya menyingkap sesetengah misteri yang menyelubungi haiwan ini. Kajian membuktikan kucing yang kita sayangi dan hargai sebagai teman sebenarnya mendatangkan manfaat yang besar kepada manusia.

Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi, khususnya untuk warga tua dan warga cacat.

Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang.Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.

Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang
garam.

Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.

Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.

Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sakit belakang.

Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain.

Kucing sesungguhnya baik untuk kita. Ia menyerlahkan kesihatan dan merupakan teman sejati selain membekalkan anak-anak kita dengan keyakinan dan tanggungjawab agar mereka membesar menjadi orang dewasa yang riang dan seimbang.




SUMBER: http://www.farha.wakaf.net/kucing.html
Love by: Yaya_Lurve No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, October 11, 2011

...MUEZZA~Kucing Kesayangan Rasulullah S.A.W...


Muezza (atau Mu'izza) (Arab: معزة‎) di katakan merupakan seekor kucing peliharaan Nabi Muhammad SAW yang paling disayangi. Berdasarkan periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (dari tidurnya), berikutan suara Azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya jubahnya, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Ketepatan dan kesahihan terhadap cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.

Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tetamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan ditaruh Muezza pada paha baginda. Ada juga yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk. 


Bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW keatas kucing, kebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. Dalam Islam perbuatan menghina atau mengasari haiwan tidak kira samaada haiwan itu haram dimakan atau tidak adalah suatu perkara yang sangat terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah dari Allah.




~gambar hiasan~

sumber:~ Kami Pencinta Kucing~
Love by: Yaya_Lurve No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, October 10, 2011

..Kucing & Islam..


Kucing (Jawi:کوچيڠ) dikenali sebagai kucing bela jinak, ialah mamalia karnivor kecildari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felissilvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba,di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Merekaadalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehanuntuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itukucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Vikingdan juga Cina.





 Kucing dan Islam

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatangyang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis RiwayatAt-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan  Saidina Ali RA dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu,baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju kebejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk.Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."


Diriwayatkan dari Dawud bin 
Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Saiditina Aisyah RA semangkuk bubur.Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, iamemberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Saidina 'Aisyah RAlalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Saiditina Aisyah memakannya.Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yangberkeliling." Saiditina Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].


Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci. Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn SakhrAl-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang bererti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.





Meow! 

Note: Cats is My Life..! ^_^












Love by: Yaya_Lurve No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, October 9, 2011

...ALLAH S.W.T. Sentiasa di sisi Kita..


Bismillahirahmanirahim....
...Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


aku mendengar...., 
aku melihat...
aku menyaksikan...
jeritan sesakmu, isakkan perihmu..
payahnya usaha itu...


teruntukmu jiwa yg kelu..

hidup ini sudah sangat sempurna untuk mengemas segala sesuatu,
satu yang kan dapat buat dirimu kaya...
satu yang kan dapat buat dirimu selesa...( nyaman) 
satu yang kan dapat buat berbahagia sekalipun dalam lilit dan himpit sulit...

adakah engkau tahu itu apa?

ya...., hanya IMAN dan TAQWA

Islam ini adalah sebuah "kenikmatan terbesar" yg telah Allah bagi pada Kita..

tak akan seperti mengharap memeluk bulan, 
ketika semua semangat itu engkau benamkan dalam jalan - jalanNYA yg IA perintahkan...

Syurga kan jadi tempat dan balasan sekekal - kekalnya  keindahan...

tahukah..., rasakah dan fahamkah engkau?

kepatahanmu, kesedihanmu... karena pengharapanmu  tertuang dlm jalur dan alur yg salah...
kau berharap pada siapa? tujuanmu apa?

layakkah Allah menerima cintamu yang ke dua?
sedangkan IA suguhkan segala dengan sepenuh cintaNYA untukmu yang khusus IA Cipta?


warna dalam hidup ini, indah begitu indah...
jalanan yang terjal...
tangisan..., derita... tawa 
pertemuan..., perpisahan...
dan kerinduan...

semua bak tawanan dalam kesempurnaan aturan Tuhan..
namun Dia tidak pernah menyakiti engkau...
sungguh tidak...

kecuali dirimu melebihkan sesuatu selain DIA ....
DIA akan cemburu, hingga menegurmu bahwa hanyalah DIA yg pantas mendapatkan utuhnya cintamu...

tapi tahukah? 

ketika engkau melebihkan Allah dari segalanya..
maka sungguh cintaNYA yg bersamamu... terangkum dan tertuang pasti dimana kau menari di semestaNYA...

air matamu akan lebih Indah dengan penuhnya harapmu padaNYA..
Allah itu Maha Lembut..
Allah adalah Dzat yg Memahamimu, yg Menerima dirimu apa adanya...

Dia yang melihat segala sesuatu yang ada padamu, 
bahkan sesuatu yang tak kau sadar itu...

:)......


tundukanlah segala kerasahan...
pasrahkan segala upaya dan ketulusan..
dan sungguh hanya padaNYA kita kembalikan smua ini...

cahaya senja itu.. memang sangat cantik,
semburat biru nan jingga menghiasi biru kelamnya langit..
namun akan terasa lebih Indah,
ketika hati dan jiwamu.. terhiasi kesyukuran..karena keimanan dan ketaqwaan... 


=========================================================

" Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mu'min bertawakkal."


( Q.S Ali Imran : 160 )


" (Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat) nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa. Yakni janji yang telah dibuat seseorang baik terhadap sesama manusia maupun terhadap Allah" 


( Q.S Ali Imran : 76 )




Sekian,
...Assalamualaikum... ^_^
Love by: Yaya_Lurve No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, October 7, 2011

...Renungan Buat Kaum Adam...

Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.


Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?

Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,

Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.

Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belenggu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.


Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.


Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami..

" Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Adam sewaktu tidurnya..Terciptanya Hawa adalah untuk dikasihi, disayangi, dicintai, dan dilindungi sebagaimana tulang rusuk Adam melindungi hatinya"




" Terciptanya wanita dari tulang rusuk lelaki,  
Bukan dari kaki untuk dialasi,  
Bukan dari kepala untuk dijunjung, 
Tapi dekat di bahu untuk dilindung, 
Dekat jua di hati untuk dikasihi " 
Love by: Yaya_Lurve No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

.. Mengapa Rasulullah S.A.W Sukakan Kucing..


Inilah sebabnya, Rasulullah sukakan kucing...

Nabi menekankan dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu' menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. 

Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahawa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. 

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample melalui usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus. 

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang kali.


2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.


3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.


4. Hanya sekali sahaja kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti Enterobacter, Streptococcus, dan Taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.


5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang bermacam jenis.


Berbagai-bagai sumber yang boleh dipercayai dan hasil penyelidikan makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Liurnya bersih dan membersihkan.


Komen para doktor yang berkecimpung dalam bidang kuman:


Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali dijumpai adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing
itu akan sakit. Subhanallaah !


Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (Nota: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing, kita perlu basuh dengan tanah 'samak').


Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang benama Lysozyme.


Kucing tidak suka kepada air kerana air merupakan tempat yang sangat sesuai untuk pertumbuhan bakteria, lebih-lebih pada takungan air (lumpur, takungan hujan, dll).
Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya.  
Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Sebahagian doktor yang melakukan penyelidikan di makmal mengatakan bahawa, kucing adalah bersih secara keseluruhannya, malahjauh lebih bersih berbanding manusia.





Bacalah apa yang telah diriwayatkan oleh Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya ini:

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).


Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”


Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).


Subhaanallah!! Kalaulah bukan daripada wahyu Allah, tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh baginda Rasulullah S.A.W. sejak zaman kenabian dahulu.



Nota Kecil:

♥Kucing menjadi binatang kesayangan Rasulullah S.A.W & Abu Hurairah r.a...♥
Oleh sebab itu.. kita perlulah sayang, kasih & cintakan kucing.. Sebab Rasulullah pun sayangkan kucing.. Kucing ni binatang Syurga tau.. ^_~ 


Love by: Yaya_Lurve No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥..The OnLy Me..♥

Yaya
Muslim
Sweet 18
UiTM
Cat Lover

♥..Followers..♥

♥..Blog Archive..♥

  • ►  2012 (1)
    • ►  February (1)
      • ►  Feb 09 (1)
  • ▼  2011 (22)
    • ▼  December (6)
      • ▼  Dec 26 (1)
        • ..Jika Perpisahan Bertamu..
      • ►  Dec 23 (1)
        • ..Ya Rabb..
      • ►  Dec 18 (1)
        • ..Takdir..
      • ►  Dec 11 (1)
        • ..Pelangi Cinta..
      • ►  Dec 06 (2)
        • Ehem.. Ehem..
        • ♥ Someday ♥
    • ►  October (7)
      • ►  Oct 13 (1)
        • ...KuCiNg...Teman Masa Depan Kita...
      • ►  Oct 11 (1)
        • ...MUEZZA~Kucing Kesayangan Rasulullah S.A.W...
      • ►  Oct 10 (1)
        • ..Kucing & Islam..
      • ►  Oct 09 (1)
        • ...ALLAH S.W.T. Sentiasa di sisi Kita..
      • ►  Oct 07 (3)
        • ...Renungan Buat Kaum Adam...
        • .. Mengapa Rasulullah S.A.W Sukakan Kucing..
    • ►  August (3)
      • ►  Aug 29 (1)
      • ►  Aug 24 (1)
      • ►  Aug 21 (1)
    • ►  July (2)
      • ►  Jul 15 (1)
      • ►  Jul 03 (1)
    • ►  June (2)
      • ►  Jun 01 (2)
    • ►  May (2)
      • ►  May 31 (2)

♥..Song Of My Heart..♥

♥..Dewi-Dewi Cinta..♥

♥..Dewa-Dewa Cinta..♥


♥..JeJaK CinTa..♥

Hit Counter
Website Hit Counter

♥..TraFFiK CinTa..♥

Yaya_Lurve. Powered by Blogger.

 
Daisypath Happy Birthday tickers