-->
skip to main | skip to sidebar
...LoVe mE...mE LoVe...LoVe mE...

Thursday, October 13, 2011

...KuCiNg...Teman Masa Depan Kita...


Menarik, penuh enigma, bijak, comel,manja dan menghiburkan. Kucing merupakan haiwan yang ternyata berlainan dalam alam haiwan. Ia seharusnya disanjung dan dikagumi sebab ia seolah diberkati kuasa luar biasa !

Sains masa kini berjaya menyingkap sesetengah misteri yang menyelubungi haiwan ini. Kajian membuktikan kucing yang kita sayangi dan hargai sebagai teman sebenarnya mendatangkan manfaat yang besar kepada manusia.

Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi, khususnya untuk warga tua dan warga cacat.

Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang.Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.

Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang
garam.

Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.

Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.

Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sakit belakang.

Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain.

Kucing sesungguhnya baik untuk kita. Ia menyerlahkan kesihatan dan merupakan teman sejati selain membekalkan anak-anak kita dengan keyakinan dan tanggungjawab agar mereka membesar menjadi orang dewasa yang riang dan seimbang.




SUMBER: http://www.farha.wakaf.net/kucing.html
Love by: Yaya_Lurve No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, October 11, 2011

...MUEZZA~Kucing Kesayangan Rasulullah S.A.W...


Muezza (atau Mu'izza) (Arab: معزة‎) di katakan merupakan seekor kucing peliharaan Nabi Muhammad SAW yang paling disayangi. Berdasarkan periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (dari tidurnya), berikutan suara Azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya jubahnya, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Ketepatan dan kesahihan terhadap cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.

Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tetamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan ditaruh Muezza pada paha baginda. Ada juga yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk. 


Bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW keatas kucing, kebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. Dalam Islam perbuatan menghina atau mengasari haiwan tidak kira samaada haiwan itu haram dimakan atau tidak adalah suatu perkara yang sangat terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah dari Allah.




~gambar hiasan~

sumber:~ Kami Pencinta Kucing~
Love by: Yaya_Lurve No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥..The OnLy Me..♥

Yaya
Muslim
Sweet 18
UiTM
Cat Lover

♥..Followers..♥

♥..Blog Archive..♥

  • ▼  2012 (1)
    • ▼  February (1)
      • ▼  Feb 09 (1)
        • Cukuplah Mencintai Dalam Diam ♥
  • ►  2011 (22)
    • ►  December (6)
      • ►  Dec 26 (1)
      • ►  Dec 23 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 11 (1)
      • ►  Dec 06 (2)
    • ►  October (7)
      • ►  Oct 13 (1)
      • ►  Oct 11 (1)
      • ►  Oct 10 (1)
      • ►  Oct 09 (1)
      • ►  Oct 07 (3)
    • ►  August (3)
      • ►  Aug 29 (1)
      • ►  Aug 24 (1)
      • ►  Aug 21 (1)
    • ►  July (2)
      • ►  Jul 15 (1)
      • ►  Jul 03 (1)
    • ►  June (2)
      • ►  Jun 01 (2)
    • ►  May (2)
      • ►  May 31 (2)

♥..Song Of My Heart..♥

♥..Dewi-Dewi Cinta..♥

♥..Dewa-Dewa Cinta..♥


♥..JeJaK CinTa..♥

Hit Counter
Website Hit Counter

♥..TraFFiK CinTa..♥

Yaya_Lurve. Powered by Blogger.

 
Daisypath Happy Birthday tickers