GaDiS...JaGa AdAbmU!!!
Setiap gadis seharusnya memiliki sifat peribadi yang mulia bagi mencerminkan nilai diri yang terpuji. Keperibadian diri yang tinggi dan sempurna menggambarkan kesempurnaan agama dan amat dihormati oleh masyarakat. Oleh itu, pentingnya kamu mengikut panduan yang betul dalam beradab terhadap diri sendiri demi mencapai kecemerlangan sahsiah yang tinggi.
Antara adab2nya:
1. Memulakan segala urusan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim.
2. Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.
3. Memotong kuku tangan dan kaki pada setiap minggu.
4. Mendahulukan bahagian kanan untuk setiap perbuatan seperti berwuduk, memakai pakaian, ketika mandi dan berjabat tangan
5. Memuji Allah (menyebut segala puji bagi Allah) sesudah bersin.
6. Meminta izin dari ibu bapa sebelum keluar dari rumah.
7. Membiasakan diri dengan amal yang soleh seperti beribadah, bersedekah, bersembahyang sunat, Allah, berzikir dan membaca al-Quran.
8. Meletakkan tangan di mulut ketika menguap kerana menguap dengan mulut terbuka luas kelihatan tidak sopan selain dapat menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut.
9. Mulakan suapan makanan dengan bacaan doa serta tidak mencela makanan dengan mengucapkan terlalu masin, kurang masin, lembik, terlalu keras, dan sebagainya.
10. Ketika di meja makan, biarkan orang-orang yang lebih dewasa mengambil makanan terlebih dahulu. Ini adalah untuk menghormati mereka.
Faedah beradab:
1. Mendapat pahala dan perlindungan dari Allah SWT.
2. Dihormati kawankawan.
3. Menjadi contoh yang baik kepada adik-adik dan rakan sebaya.
4. Di sayangi ibu bapa dan guru.
5. Cemerlang dalam pelajaran.
Jadinye....sebagai seorang gadis...kite kene sentiasa menjaga adab kite ye kawan2..... :)
Semoga kite semua dapat menjadi gadis yg solehah......